Minuman Sihat Untuk Kekal Hidrat Selepas Bersenam
Pada hari yang panas terik, selepas bersenam atau apabila anda berasa haus, badan anda perlu terhidrat kembali. Sebelum mengambil air yang terdapat di rak minuman, baca dahulu label dan pastikan apa yang anda pilih betul-betul akan menghidratkan kembali badan anda. Adakah Air Kosong Pilihan Terbaik? Ada masanya anda tidak semestinya minum air kosong sahaja. Air minuman tenaga untuk bersukan adalah pilihan yang lebih baik kerana boleh membantu elektrolit dalam badan berada pada tahap konsentrasi yang betul. Malah ada juga minuman bersukan yang mempunyai glukos tambahan untuk memberi tenaga. Sekiranya tubuh anda kehabisan glukos, anda akan pitam atau pengsan dan menyebabkan penurunan prestasi yang mendadak. Seelok-eloknya, gabungkan keduanya. Air kosong berguna pada 60 minit pertama, selepas jangkamasa itu anda mungkin boleh memilih minuman bertenaga. Tip Memilih Minuman yang Memberikan Hidrasi Kembali dengan Nutrisi yang Betul 🔎 Mempunyai kedua-dua gula r...