Cara Merawat Senggugut Kronik Dengan Mudah dan Cepat!
Boleh dikatakan hampir kebanyakan wanita akan mengalami senggugut setiap kali mereka datang bulan. Senggugut sering terjadi akibat pengecutan di bahagian uterus atau otot rahim. Sekiranya pengecutan terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan. Akibatnya, bekalan oksigen ke rahim terputus. Kerana kekurangan oksigen, otot rahim memberi kesakitan dan kesan kekejangan. PENGALAMAN SENGGUGUT Dulu semasa saya mengalami senggugut, hanya Tuhana saja yang tahu sakitnya macam mana. Sebelum period tu datang, saya akan sakit perut 2 ke 3 hari sebelum itu. Bila hari pertama period je sakitnya makin menjadi-jadi. Jika dikelas memang saya tak boleh nak fokus pada pelajaran sangat. Jika di rumah saya akan baring je. Sebab apa? Sebab sakit di pinggang yang melemahkan satu badan. Biasanya bila beberapa hari datang period, baru la sakit tu akan hilang. PUNCA KESAKITAN SENGGUGUT Punca kesakitan senggugut terbahagi kepada dua: ...